December 22, 2010

Motorola Defy - Telefon pintar tahan lasak dan kalis air

Motorola Defy

TELEFON pintar yang tahan lasak dan kalis air. Itu keunikan produk terbaru MOTOROLA Mobiliti menerusi Motorola Defy yang berasaskan perisian Android 2.1.
Paling menarik ia memaparkan skrin resolusi tinggi Corning Gorilla Glass yang terbukti tahan gegaran dan kalis calar.

Motorola Defy juga dilengkapi kamera 5 megapiksel dengan zoom digital serta perisian multimedia terkini yang membolehkan pengguna berhubung dengan alat elektronik lain seperti TV dan komputer.

Bagi operasi pelayaran web, ia dikawal menggunakan sentuhan dua jari selain disokong oleh perisian Adobe Flash Lite yang membolehkan anda menikmati paparan web yang lebih berkualiti.

Memori RAMnya pula sebanyak 512MB dengan kadar storan flash maksimum 32GB dan sudah mula dijual pada harga RM1,599.

>Spesifikasi
PRODUK: Motorola Defy
HARGA: RM1,599
PEMPROSESAN: TI OMAP3610 800MHz
SISTEM OPERASI: Android 2.1 (Eclair)
MEMORI: ROM - 2GB, Kad SD - 2GB, RAM - 512MB
PAPARAN: 3.7 inci
RANGKAIAN: WCDMA 900/2100, HSDPA 7.2 Mbps (Kategori 7/8), Edge Class 12, GSM 850/900/1800/1900
KAMERA: 5.0MP dengan zoom digital dan fokus automatik
DIMENSI: 107 x 59 x 13.4 mm
BERAT: 118g

sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/BawaDefymandihujan_/Article

No comments:

Post a Comment

suka hati lu la mau komen ka tilak mau komen. Gua talak hal punya meh.